Friday 14 October 2016

Bisnes Cara Kungfu

Bisnes Vs Kung fu Style
Text : Zalina Zulkapli
Foto : Zalina & google

Assalamualaikum, bila bercakap mengenai kungfu mestilah ada kaitan dengan kaum cina kan? Entah kenapa dari kecil saya memang suka tengok movie @ drama kungfu he he..Suka juga tgk budaya mereka. Paling best berjubah pun boleh beraksi melompat berkungu bagai kan? Fesyen zaman dulu mmg jubah style tak kira Chinese ke korea @ jepun. Sekarang Alhamdulillah di Malaysia ramai dah berjubah.Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan.Kaum cina ni tak asing dengan budaya berniaga yg unik & penuh seni sama macam seni kungfu juga. Nak jadi usahawan kena siap sedia seni kung-fu berniaga, Kena bijak menepis segala bentuk serangan & ancaman. Kalau kita tengok tokoh- tokoh ahli perniagaan memang ramai di kalangan kaum cina. Dalam sejarah negara pun kita boleh tengok orang cina lebih ramai berniaga dari makan gaji. Jika yg makan gaji mesti memegang jawatan yang tinggi kan?
Ok dari pemerhatian saya teknik kungfu ni mmg bagus di amalkan dalam perniagaan. antaranya seperti berikut .
Sabar & Buat jer

Nak mahir berkung-fu bukan tiba2 kena sabar, kena berguru , kena menuntut ilmu kalau boleh asingkan diri & cbergaul dengan kumpulan kung-fu sahaja. MElainkan kita dapat personal coacing dari sifu-sifu yang sanggup mengajar kita.
Sama juga dengan berniaga . Tiada jalan pintas . Ada banyak kerja-kerja yg perlu dilakukan. Mereka tak berani tanya sifu banyak soalan, sbb sifu kata buat jer bila dah mahir segala step abru mereka sedar semua tu berguna. Dengan melakukan teknik dan gaya yang sama berulang -ulang selama beberapa jam, anda boleh mencapai sampai ke tahap yang sempurna hingga membina tahap kesabaran yang tinggi dan fokus yang menakjubkan. di mana boleh mempraktikkan ke tugasan fizikal dan intelektual.Jangan memandang Rendah kerja-kerja harian 
Kalau kita tengok kat movie , teknik asas belajar kongfu ni mula2 macam biasa2 jer, kena angkat air , kena angkat kayu, kena sidai kain di ampaian macam libas2 tu kan he he...begitu juga dengan berniaga. Setiap langkah memainkan peranan yang penting dari rekod belian harian, duit keluar masuk , belajar keluar berniaga , kena buka booth, kena rendahkan diri melayani customer seperti raja. Semua itu proses dalam berniaga. TEerutama kerja-kerja dokumentasi. 

Berjaya mengawal diri 

Kalau kita tengok pendekar kongfu ni bijak kawal tenaga dalaman. Mereka tidak bertindak melulu , walau pergerakannya perlahan ( teknik Qi ) tetapi cukup bertenaga dalam melawan musuh . Adegan ni paling saya suka. macam tai chi kan? Mana yang Berlawan melulu akan kehabisan & membazir tenaga. Seseorang pelatih kongfu mahupun peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Fokus 
Untuk Berkungfu, anda harus sentiasa bertenaga dan fokus. Sama seperti berniaga. Usahawan yang sebenar sentiasa mencari jalan penyelesaian serta fokus dan memberi komitmen dalam mencapai target dan matlamat. Orang yang fokus tahu bagai mana nak mengelak serangan serta menghadapi perlbagai cabaran. 

Seimbang dan lancar
Ketika program di Ana edar
 Seorang yang mahir berkungfu pergerakannya lancar dan seimbang. Langkahnya penuh yakin.
Tidak mudah goyah ,semuanya adalah hasil dari latihan bertubi-tubi. Sama seperti orang berniaga , setelah semua tips dilakukan langkah yang diatur lebih kemas, mula mencapai "financial freedom" & keseimbangan dalam kehidupan.
Mereka sentiasa tenang walau dalam keadaan tidak tenang. Boleh bayangkan?
Mereka menjaga kesihatan di tahap maksimum.
Mereka tidak mementingkan diri sendiri malah sentiasa memberi manfaat kepada yang lain. 

Inilah sedikit sebanyak pemerhatian saya dalam memerhati pergerakan kungfu , saya hanya mahir kungfu berniaga sahaja,  Terima qaseh kerana mengikuti sehingga akhir kalam. 



Saturday 8 October 2016

Be Different

Text : Zalina Zulkapli
Foto : Zalina


Be Different Hari ni 1st time berkenalan Dato Seri Mahadi Bz  yang menjadi jutawan di usia 22 tahun . Program jelalah usahawan ni saya main terjah jer, tak register pun sbb lambat dapat tahu. Ruginya tak dapat bawa team hadir sama. 

Sekali bila balik rumah saya recall semula sbb program ni lebih kurang dengan Omar stirling yang pernah saya hadiri 5 tahun dulu. Fikir punya fikir rupanya Saya juga pernah berguru dengan DS Mahadi pada tahun 2011, t,api masa tu beliau belum ada gelaran Dato lagi . Masa tu pun dah terasa aura anak muda yg hebat ini . Beliau ada dalam team Omar stirling anak didikan Dato Dr LAwrence Walter Ng. 
Setelah 5 tahun berlalu berpeluang lagi sekali mengikuti program anjuran beliau , kali ni bersama sifunya Dato Dr Lawrence Walter Ng . Wah rasa bertuahnya , walaupun dapat joint sekejap .Ternyata beliau tetap hebat sama ketika 5 tahun dulu. Cuma kini penampilannya sudah berubah! Hampir tak kenal masa mula2 lihat. 

Berikut antara perkongisan beliau. 



1)The Right mind Set
Kita mesti jelas dengan apa yang kita mahu, apa yang kita ingin capai, berapa income yang kita sasarkan, mesti ada figure.

2)Passion - kita biasa dengar kan? 
Iaitu keinginan yang bersungguh- sungguh dalam apa yg kita sasarkan tadi. Tapi kenapa kita tak capai & kenapa beliau & orang lain berjaya? Selepas membaca article ini apa yg kita perlu buat adalah berubah. Tindakan kena lebih aggresive! fokus kepada matlamat. Kita pasti berjaya. 

3)Impian . Biar kita digelakkan kerana impian kita , dari kita kosong tanpa impian & harapan. Sebab tu lah hidup kita ni biasa2 jer! Kita yg tiada cita-cita ingin berjaya. Mudah selsa dengan apa yang ada. kemudian mulalah mengeluh. Takkan tak nak capai financial freedom ? kan seronok dapat beli apa yg kita mahu tanpa banyak halangan. ni nka minum cendol kat restaurant kegemaran pun kena fikir berkali2 takut out of bajet . 
TAk apa lah kalau tak ada kereta impian, tetapi takkan tak teringin nak duduk rumah yg selesa kan? DIsinilah pentingnya peranan impian. Kena usaha untuk realisasikan. 

4)Komited - Ya! ini sangat membantu dalam mengubah kehidupan & dalam mencapai apa yg telah kita sasarkan serta menjadikan impian jadi kenyataan. Kenalah komited ! Semua ini adalah suatu process. Abaikan kata-kata negetive , biar orang nak cakap atau tertawakan usaha kita, tunjukkan hasilnya! 

5)Putus Asa - Jika kita putus asa atau berusaha separuh jalan tak mungkin kita akan memberi manfaat kepada yg lain. 

Ubah 
Dengan siapa anda berkawan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan anda. 
Ubahlah kawan jika perlu , bersahabat dengan rakan yang membantu anda berubah kearah lebih baik.
Jalinkan ukhwah, kebetulan pula jumpa sahabat pn Fasaliza  


ubahlah buku atau bahan bacaan , apa buku yang anda baca juga mempengaruhi pemikiran anda. 

Seminar atau program yang anda hadiri juga membantu perjalanan perniagaan anda. 

Ubah atau pilihlah bidang yang betul-betul sesuai dengan jiwa , kemahiran & kepakaran anda. 

Akhir sekali keyakinan Sangat penting dalam lonjakan paradigma kehidupan anda. 

Saya nasihatkan rakan-rakan, di luar tu rajin2lah ikut program keusahawanan, ada kala kita rasa tepu, mmg kekadang tips yg diberi dah biasa dengar tetapi kita perlu energy! yes! banyak aura positive yang kita dapat tau! keluarlah 

USahawan perlu kreative & sentiasa berfikir . 

Thursday 11 August 2016

Modal Masa, Modal Sosial dan Modal diri

Text : Zalina Zulkapli
Foto : Zalina Zulkapli

Modal

Ramai memberi alasan modal wang untuk memulakan perniagaan. Tetapi bagi saya persediaan diri perlu diberi keutamaan. Anda perlu jelas misi dan visi kehidupan. Apa yang hendak anda capai sebenarnya. Siapkan diri terlebih dahulu. Ramai tak sedia atau gagal membahagikan masa untuk perniagaan mahupun keluarga. Ramai menggunakan ungkapan "curi masa". Sebab itu lah kita gagal. Mencuri kan berdosa, jangan curi masa tetapi "luangkan masa" atau peruntukkan masa sebaiknya.

Ketika bekerja saya jaga cuti yang ada agar dapat diperuntukkan untuk semua perkara bermanfaat. cuti sekolah sudah tentu untuk anak-anak. Jaga kesihatan anak agar anda tidak perlu habiskan masa untuk cuti kecemasan atau menjada anak demam, Syukur berkat beri suppliment Qaseh junior, anak-anak sihat sentiasa dengan izin Allah.

Jika perlu, saya akan ambil cuti untuk menghadiri karnival atau seminar perniagaan selain menghadiri kelas malam atau hujung minggu. Tak ada kawan? Pergi jer sorang. Inilah masanya berkenalan dengan kawan baru. Jika anda pergi dengan teman-teman anda akan cenderung dengan dunia anda sendiri dan tidak akan bergaul dengan komuniti baru. Bertukar-tukarlah no tel agar boleh dimanfaatkan dimasa hadapan. Ini adalah modal sosial yang wajib usahawan penuhi.

Gambar di karnival MARA , ketika masih bekerja, ambil cuti dan masa itu sarat mengandungkan Dina, anak ke 5


Mengenali Ewa Malaysia
Setelah berhenti kerja pada 2013, perkara pertama yang saya buat adalah saya mencari persatuan  perniagaan yang sesuai. Saya mengenali EWA Malaysia melalui seorang rakan iaitu pn Hartini. Saya perlu kekalkan momentom, maka perlu berkawan dengan sesama usahawan maklumlah sama gelombang .
Usahawan yang sebenar adalah yang selalu berfikir untuk maju & selesaikan masalah. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Persatuan yang sangat membantu. Kita perlu pandai-pandai bawa diri . Ketika itu saya hanya memperdagangkan produk qaseh berbanding usahawan lain punya produk sendiri. Tetapi saya yakin yang penting kita punya perniagaan dan saya sudah pun bermula .

Dari Ewa Malaysia saya dapat banyak informasi mengenai perniagaan dan juga berkenalan dengan usahawan-usahawan hebat dibawah bimbingan Presiden Prof Datin Dr Norizan & Dr Fariza serta AJK yang berkaliber. Dalam perniagaan yang penting adalah ilmu. Saya buat persediaan yang rapi, tidak mahu masa kosong tidak terisi, jadi saya ikuti SME@Umiversiti program, Saya di bawah seliaan UITM selama 3 bulan. Alhamdulillah berjaya temuduga ke Jepun pula untuk advance course. Sehingga kini saya masih aktive berpersatuan dan membantu juga usahawan-usahawan baru mahupun lama agar sama-sama dapat berjaya luarbisa.

Gambar berikut bersama usahawan EWA Malaysia.

Monday 8 August 2016

Awal terbabit dengan Dunia Perniagaan

Text : Zalina Zulkapli
Foto : Zalina Zulkapli
#Entrike3



As Salam, bagi yang pernah berniaga pasti punya pelbagai pengalaman kan? Saya juga tidak terkecuali. saya mula berniaga seawal usia 10 tahun, iaitu berniaga kacang tanah goreng (salted nut) dan juga kacang bersalut tepung. Masa tu buat bersama adik saya Zuraidah yang berusia 8 tahun. Kami bungkus dalam plastik dan lilinkan kemudian bawa ke sekolah, memang seronok berniaga .
Kemudian bila abah pencen tentera kami ikut abah berniaga di warung.

Ketika sekolah menengah pula saya buat part time membantu jiran berniaga di pasar malam pula. Alhamdulillah kos pembelajaran menggunakan hasil bekerja separuh masa dan dapat juga meringankan beban keluarga.

Kemudian saya dihantar ke Shah Alam untuk praktikal training selama 6 bulan. Tak biasa duduk sahaja , saya ambil kerja part time di kilang juga untuk hujung minggu sabtu dan ahad. Di Shah alam ,masa bekerja 5 hari seminggu, jadi saya manfaatkan 2 hari taip minggu untuk membuat kerja separuh masa. Masih ingat lagi nama kilang itu Shinetsu , ada department untuk pekerja part time yang mana kebanyakannya pelajar-pelajar UITM dan suri rumah .

Kemudian saya juga berniaga brooch (pin tudung) yang di beli di mydin masa tu masih baru lagi pada tahun 90an dan juga di ambil di kedai borong di jalan TAR. Bila musin nak raya jual kain ela pula. Tada kenderaan bukan alasan saya naik komuter, jalan kaki dan naik teksi. Lenguh juga tangan mengangkut kain ela sampai merah lah tangan. Bila penat berheti kejap sbb jalan kaki dari stesyen komuter Bank Negara ke Jalan TAR.
Kemudian buat pula kuih raya untuk jualan, sebab masa bujang keperluan dapur tak berapa lengkap, jadi paling mudah buat mini popia tak perlu oven. Alhamdulillah dah biasa tolong mak buat serunding masa di kampung menyebabkan popia saya di gemari .

Setelah diterima sebagai pekerja tetap sebagai pelukis plan, saya sibuk kerja lebih masa pula dan buat OT di bahagian pengeluaran. He he kenangan terindah kena buli dengan pekerja pengeluaran bila staff ofis turun padang he he..penatnya .

Bila dah berkahwin, masa dan tumpuan perlu dibahagi kepada keluarga. Namun begitu minat berniaga tak dapat dibendung , saya mula melibatkan diri dengan perniagaan berkonsepkan MLM . Hampir semua syarikat saya dah masuk dari A --> Z. Faham-faham lah syarikat apa ya he he.

Alhamdulillah akhirnya bertemu syarikat Ana Edar melalui adik saya Zuraidah . Kami daftar berjemaah bersama adik beradik dan saudara yang lain. ALhamdulillah dengan syarikat Ana Edar saya bertahan hingga kini dari 2008 lagi , semuanya dicetuskan oleh suami sendiri yang lama memerhati. Walau tak minat berniaga suami cuba beri sokongan mana termampu. Akhirnya beliau sarankan saya joint Ana edar kerana syarikat Islamic dan MLM patuh syariah . ALhamdulillah dari ejen biasa, saya upgrade ke stokis, PPW ( pengurus Pemasaran WilayaH) hinggalah ke PPN ( Pengurus Pemasaran Negeri kini di gelar Nasional ) .
2013 saya memilih berhenti kerja dan berniag sepenuh masa. Berkat memberi tumpuan sepenuhnya Kumpulan kami pernah mencapai jualan tertinggi iaitu 1.8Juta sebulan. Jumlah yang tak pernah saya jangkakan.

ALhamdulillah kini saya punya produk sendiri iaitu Umooda Double Collagen dalam masa yang sama saya masih juga bergelar PPN untuk syarikat Anaedar . Bertambahlah cabaran iaitu menguruskan 2 perniagaan serentak . Alhamdulillah nnti kan perkongsian yang seterusnya di entri lain ya! Saya nak masak tengahari, maklumlah saya kan Suri Profesional, sambil kerja dari rumah dapat menjalankan tanggung jawab buat anak2. Jumpa lagi !

Saya doakan agar pembaca sekelian terus berjaya dalam perniagaan. Apa yang penting adalah bermula, dari berfikir tak buat apa. Ayuh! mula sekarang , mulakan hari ini dan mulakan dari diri sendiri .

Zalina Zulkapli
9.56 pagi 

Aktiviti Hari Minggu

Text : ZalinaZulkapli
Tarikh : 7 Ogos 2016 (Ahad)

Bismillah , memang dah terbiasa sejak kerja lagi emak selalu pesan agar uruskan masa betul-betul. Keluarga kami memang pentingkan bab makanan, maklumlah abah suka masak. Malah memasak menjadi kerjaya utama bagi keluarga kami , abah chef dalam tentera, abang sulung pun juga chef, malah adik-adik kini juga masing-masing membuka cafe dan kopitiam di Manjung.

Berbalik kepada saya, hanya memasak untuk keluarga tercinta. Tetapi sebenarnya pernah juga mengambil upah memasak katering kecil-kecilan ketika bekerja dahulu untuk mesyuarat atau program latihan anjuran bekas syarikat bekerja . Pernahlah juga buat kuih dan roti jala. Tetapi itu cerita lama sebelum serius berniaga produk makanan tambahan.

Walaupun bekerja, saya memang amalkan memasak dirumah. Jadi perlu rancang masa sebaiknya , maklumlah balik kerja dah dekat maghrib, mana nak jaga anak dan uruskan kerja-kerja rumah lagi.

Asalnya saya hanya menyediakan bawang yang siap di kupas, tetapi  idea datang dari emak bila pulang ke kampung kekadang emak bekalkan sambal kosong untuk dibawa pulang. Senang katanya dan tahan lama.
Bila stok sambal yang emak bagi habis saya mula terfikir untuk membuat "paste" sambal. Boleh kata ibu kepada segala sambal lah. Memang mudah kerja saya. Kebetulan suami memang suka makan sambal. Jika nak masak asam pedas pun mudah, gunakan jer paste sedia ada tambah air , daun kesum , bunga kantan jika ada dan juga tambah lagi asam . Memang cepat kerja saya.
Nak masak kangkung belacan pun senang terus masukkan sayur dan sos tiram. NAk buat sambal ayam atau ikan senang jer, gorang ikan atau ayam kemudian ambil sahaja sambal sedia dimasak tu di sira atas ayam atau ikan tadi.Jika nak masak padprik cuma perlu tambah halia dan serai ya!  Mudahkan kerja memasak?Jadi pada hari minggu inilah kerja saya jika stok sambal habis. Biasa stok ni tahan dalam 1 bulan juga .

Bahan-bahannya mudah sangat , macam buat sambal, bawang merah, bawang putih di tumis bersama cili kering yang telah di kisar. Kemudian tambah asam, garam dan gula. Masak agak lama atas api agar sambal tersebut tahan. Jangan lupa guna garam masak kristal ya!  Ianya bermineral dan menyihatkan.

Kalau nak tahu rakan-rakan ofis juga pernah order paste mee Goreng ketika musim Raya. Semua tu cerita dahulu. Sekarang cuma masak untuk keluarga tercinta sahaja.

Buat Suri sekelian tak kiralah yang bekerja dari rumah atau masih bekerja boleh cuba cara ni , insyaAllah moga masa anda tidak banyak dihabiskan di dapur, maklumlah pulang dari ofis, pastinya anak-anak juga perlukan perhatian. Selamat mencuba!






Selesai sambal siap sejukkan dan masukkan dalam peti ais . Kalau banyak dan takut tak tahan boleh juga letak sebahagian sambal di ruang sejuk beku, bila stok dah nak habis boleh letak di ruang biasa. 

Hari minggu juga Ammar Amsyar ada kelas "Tuition", selepas ambil Amsyar , rutin biasa kami adalah ke Mahad untuk ziarah Syasya Batrisyia, anak ke -2. Jika sebelum ni tiap minggu akan ke Hulu Langat ziarah Syasya, tetapi setelah syasya Biasa dengan suasana Mahad , kami jarakkan 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali bagi memberi laluan kepada Muaz Safuan juga tinggal di asrama dan juga abang yang sulung Irfan Izzudin juga di Mahad sementara melanjutkan pelajaran di pusat Pengajian Tinggi . Hari Minggu memang penuh masa sampai ke malam baru pulang ke rumah.  Jadi masa saya memang penuh 7 hari seminggu. Alhamdulillah semuanya terisi penuh makna. 

Saturday 6 August 2016

Salam Pembuka Bicara


Text: ZalinaZulkapli

Salam perkenalan ,

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya..

Izinkan saya berkenalan dengan anda sekelian , Nama diberi Zalina Bte Zulkapli , anak ke 2 dari 9 adik beradik.Lahir pada 2 september 1973
Mendapat pendidikan awal di sekolah Menengah Pengkalan TLDM seterusnya menyambung pelajaran dibidang lukisan Kejuruteraan Mekanikal di IKM Lumut 

Hari ini dalam sejarah, ALhamdulillah setelah 3 tahun berhenti kerja (efektif 20 september 2013)  banyak perkongsian di lakukan di media sosial menggunakan FB . Akhirnya saya pilih medan melalui blog agar mudah membuat perkongsian .
Sebelum berniaga sepenuh masa saya bekerja di bidang teknikal iaitu dalam bidang Autocad & pro engineer (design Aircond), auditor ISO, Technical Report , QA/QC dan tugasan terakhir adalah Product Certification selama 20 tahun bekerja. 

Alhamdulillah berkat berniaga separuh masa tetapi sepenuh hati. Saya memilih untuk berhenti kerja dan menukar bidang memilih berniaga sepenuh masa dalam masa yang sama dapat juga menguruskan rumah tangga. 

Bermulalah aktiviti Dunia Bisnes Wanita, tetapi yang bezanya berniaga dari rumah. 
Nasihat saya kepada yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, mulalah berniaga segera secara kecil-kecilan dan yang penting konsistan. Kenapa perlu kecil-kecilan? kerana ia membantu tindakan segera. Ramai yang memberi alasan masalah modal, jadi gunalah modal yang ada dulu. Bagi yang nak menjadi ejen saya, biasanya saya akan memberi konsutansi terlebih dahulu . Saya sendiri menjadi ejen qaseh product Syarikat  Ana edar SDN BHD sebelum menghasilkan product sendiri iaitu Umooda Double Collagen. 

Nantikan entri seterunya & insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman sepanjang menceburi bidang perniagaan ini . 

Nukilan , 
Zalina Zulkapli
Pengasas Umooda Double Collagen