Monday, 8 August 2016

Awal terbabit dengan Dunia Perniagaan

Text : Zalina Zulkapli
Foto : Zalina Zulkapli
#Entrike3



As Salam, bagi yang pernah berniaga pasti punya pelbagai pengalaman kan? Saya juga tidak terkecuali. saya mula berniaga seawal usia 10 tahun, iaitu berniaga kacang tanah goreng (salted nut) dan juga kacang bersalut tepung. Masa tu buat bersama adik saya Zuraidah yang berusia 8 tahun. Kami bungkus dalam plastik dan lilinkan kemudian bawa ke sekolah, memang seronok berniaga .
Kemudian bila abah pencen tentera kami ikut abah berniaga di warung.

Ketika sekolah menengah pula saya buat part time membantu jiran berniaga di pasar malam pula. Alhamdulillah kos pembelajaran menggunakan hasil bekerja separuh masa dan dapat juga meringankan beban keluarga.

Kemudian saya dihantar ke Shah Alam untuk praktikal training selama 6 bulan. Tak biasa duduk sahaja , saya ambil kerja part time di kilang juga untuk hujung minggu sabtu dan ahad. Di Shah alam ,masa bekerja 5 hari seminggu, jadi saya manfaatkan 2 hari taip minggu untuk membuat kerja separuh masa. Masih ingat lagi nama kilang itu Shinetsu , ada department untuk pekerja part time yang mana kebanyakannya pelajar-pelajar UITM dan suri rumah .

Kemudian saya juga berniaga brooch (pin tudung) yang di beli di mydin masa tu masih baru lagi pada tahun 90an dan juga di ambil di kedai borong di jalan TAR. Bila musin nak raya jual kain ela pula. Tada kenderaan bukan alasan saya naik komuter, jalan kaki dan naik teksi. Lenguh juga tangan mengangkut kain ela sampai merah lah tangan. Bila penat berheti kejap sbb jalan kaki dari stesyen komuter Bank Negara ke Jalan TAR.
Kemudian buat pula kuih raya untuk jualan, sebab masa bujang keperluan dapur tak berapa lengkap, jadi paling mudah buat mini popia tak perlu oven. Alhamdulillah dah biasa tolong mak buat serunding masa di kampung menyebabkan popia saya di gemari .

Setelah diterima sebagai pekerja tetap sebagai pelukis plan, saya sibuk kerja lebih masa pula dan buat OT di bahagian pengeluaran. He he kenangan terindah kena buli dengan pekerja pengeluaran bila staff ofis turun padang he he..penatnya .

Bila dah berkahwin, masa dan tumpuan perlu dibahagi kepada keluarga. Namun begitu minat berniaga tak dapat dibendung , saya mula melibatkan diri dengan perniagaan berkonsepkan MLM . Hampir semua syarikat saya dah masuk dari A --> Z. Faham-faham lah syarikat apa ya he he.

Alhamdulillah akhirnya bertemu syarikat Ana Edar melalui adik saya Zuraidah . Kami daftar berjemaah bersama adik beradik dan saudara yang lain. ALhamdulillah dengan syarikat Ana Edar saya bertahan hingga kini dari 2008 lagi , semuanya dicetuskan oleh suami sendiri yang lama memerhati. Walau tak minat berniaga suami cuba beri sokongan mana termampu. Akhirnya beliau sarankan saya joint Ana edar kerana syarikat Islamic dan MLM patuh syariah . ALhamdulillah dari ejen biasa, saya upgrade ke stokis, PPW ( pengurus Pemasaran WilayaH) hinggalah ke PPN ( Pengurus Pemasaran Negeri kini di gelar Nasional ) .
2013 saya memilih berhenti kerja dan berniag sepenuh masa. Berkat memberi tumpuan sepenuhnya Kumpulan kami pernah mencapai jualan tertinggi iaitu 1.8Juta sebulan. Jumlah yang tak pernah saya jangkakan.

ALhamdulillah kini saya punya produk sendiri iaitu Umooda Double Collagen dalam masa yang sama saya masih juga bergelar PPN untuk syarikat Anaedar . Bertambahlah cabaran iaitu menguruskan 2 perniagaan serentak . Alhamdulillah nnti kan perkongsian yang seterusnya di entri lain ya! Saya nak masak tengahari, maklumlah saya kan Suri Profesional, sambil kerja dari rumah dapat menjalankan tanggung jawab buat anak2. Jumpa lagi !

Saya doakan agar pembaca sekelian terus berjaya dalam perniagaan. Apa yang penting adalah bermula, dari berfikir tak buat apa. Ayuh! mula sekarang , mulakan hari ini dan mulakan dari diri sendiri .

Zalina Zulkapli
9.56 pagi 

2 comments:

  1. Wah...cantik blog nya hah...
    Selamat datang ke dunia blog kak ina.

    -maria yusoff-

    ReplyDelete
  2. thanks Maria, baru nak cberjinak2 dengan dunia blog

    ReplyDelete