Monday 8 August 2016

Aktiviti Hari Minggu

Text : ZalinaZulkapli
Tarikh : 7 Ogos 2016 (Ahad)

Bismillah , memang dah terbiasa sejak kerja lagi emak selalu pesan agar uruskan masa betul-betul. Keluarga kami memang pentingkan bab makanan, maklumlah abah suka masak. Malah memasak menjadi kerjaya utama bagi keluarga kami , abah chef dalam tentera, abang sulung pun juga chef, malah adik-adik kini juga masing-masing membuka cafe dan kopitiam di Manjung.

Berbalik kepada saya, hanya memasak untuk keluarga tercinta. Tetapi sebenarnya pernah juga mengambil upah memasak katering kecil-kecilan ketika bekerja dahulu untuk mesyuarat atau program latihan anjuran bekas syarikat bekerja . Pernahlah juga buat kuih dan roti jala. Tetapi itu cerita lama sebelum serius berniaga produk makanan tambahan.

Walaupun bekerja, saya memang amalkan memasak dirumah. Jadi perlu rancang masa sebaiknya , maklumlah balik kerja dah dekat maghrib, mana nak jaga anak dan uruskan kerja-kerja rumah lagi.

Asalnya saya hanya menyediakan bawang yang siap di kupas, tetapi  idea datang dari emak bila pulang ke kampung kekadang emak bekalkan sambal kosong untuk dibawa pulang. Senang katanya dan tahan lama.
Bila stok sambal yang emak bagi habis saya mula terfikir untuk membuat "paste" sambal. Boleh kata ibu kepada segala sambal lah. Memang mudah kerja saya. Kebetulan suami memang suka makan sambal. Jika nak masak asam pedas pun mudah, gunakan jer paste sedia ada tambah air , daun kesum , bunga kantan jika ada dan juga tambah lagi asam . Memang cepat kerja saya.
Nak masak kangkung belacan pun senang terus masukkan sayur dan sos tiram. NAk buat sambal ayam atau ikan senang jer, gorang ikan atau ayam kemudian ambil sahaja sambal sedia dimasak tu di sira atas ayam atau ikan tadi.Jika nak masak padprik cuma perlu tambah halia dan serai ya!  Mudahkan kerja memasak?Jadi pada hari minggu inilah kerja saya jika stok sambal habis. Biasa stok ni tahan dalam 1 bulan juga .

Bahan-bahannya mudah sangat , macam buat sambal, bawang merah, bawang putih di tumis bersama cili kering yang telah di kisar. Kemudian tambah asam, garam dan gula. Masak agak lama atas api agar sambal tersebut tahan. Jangan lupa guna garam masak kristal ya!  Ianya bermineral dan menyihatkan.

Kalau nak tahu rakan-rakan ofis juga pernah order paste mee Goreng ketika musim Raya. Semua tu cerita dahulu. Sekarang cuma masak untuk keluarga tercinta sahaja.

Buat Suri sekelian tak kiralah yang bekerja dari rumah atau masih bekerja boleh cuba cara ni , insyaAllah moga masa anda tidak banyak dihabiskan di dapur, maklumlah pulang dari ofis, pastinya anak-anak juga perlukan perhatian. Selamat mencuba!






Selesai sambal siap sejukkan dan masukkan dalam peti ais . Kalau banyak dan takut tak tahan boleh juga letak sebahagian sambal di ruang sejuk beku, bila stok dah nak habis boleh letak di ruang biasa. 

Hari minggu juga Ammar Amsyar ada kelas "Tuition", selepas ambil Amsyar , rutin biasa kami adalah ke Mahad untuk ziarah Syasya Batrisyia, anak ke -2. Jika sebelum ni tiap minggu akan ke Hulu Langat ziarah Syasya, tetapi setelah syasya Biasa dengan suasana Mahad , kami jarakkan 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali bagi memberi laluan kepada Muaz Safuan juga tinggal di asrama dan juga abang yang sulung Irfan Izzudin juga di Mahad sementara melanjutkan pelajaran di pusat Pengajian Tinggi . Hari Minggu memang penuh masa sampai ke malam baru pulang ke rumah.  Jadi masa saya memang penuh 7 hari seminggu. Alhamdulillah semuanya terisi penuh makna. 

No comments:

Post a Comment